مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akherat, maka hendaknya dia berilmu.

Imam Syafie

.

Tuesday, October 26, 2010

Maklumat untuk pergi !

Bayaran sekitar RM9,000 telah kami bayar selain menghantar gambar pasport dan pasport kami melalui 'courier" ke pejabat Poto Travel kerana tarikh akhir untuk memberi semua keperluan kami ialah pada 1 November , untuk urusan visa dan sebagainya.

Kini persiapan barang-barang dan maklumat pula perlu kami uruskan sebelum berangkat lebih kurang 1 bulan dari sekarang.


Suhu kami dijangkakan sekitar -3 C.

Date Average High Average Low

November 27th 44ºF 6.67 26ºF -3.33
November 28th 44ºF 6.67 26ºF -3.33
November 29th 44ºF 6.67 25ºF -3.89
November 30th 43ºF 6.11 25ºF -3.89
December 1st 43ºF 6.11 24ºF -4.44
December 2nd 42ºF 5.56 24ºF -4.44
December 3rd 42ºF 5.56 24ºF -4.44


Ini bermakna persiapan pakaian amatlah penting. Selain dari mendapat tip-tip berguna dari saudara mara kami yang pernah pergi kesana dan melalui suhu dibawah paras 0 , amatlah penting. Malah kami dibekalkan baju baju sejuk oleh adik adik kami untuk kami gunakan sewaktu berada disana.


Glove juga perlu dicari kerana kesejukan akan dirasai dibahagian tangan dengan mudah sekali , jadi antara tips yang diberi oleh adik kami ialah memastikan pakaian kulit digunakan untuk mengawal suhu badan kami terutama untuk anak-anak gadis kami.

Lotion dan lip balm juga penting kerana kulit akan mudah pecah dan luka dan kesihatan kita akan terjejas . Saya telah pastikan lip balm yang kami beli sewaktu menunaikan Umrah baru baru ini telah dimasukkan di beg kami supaya benda benda kecil ini tidak terlupa untuk dibawa. Vick dan beberapa ubat penting juga telah saya kumpulkan setempat.


Selain dari itu kami disarankan untuk mencari barangan keperluan di Sharafali's di jalan Tuanku Abdul Rahman.



thermal wear


Thermal wear juga perlu untuk dipakai terlebih dahulu supaya kulit badan kita tidak tembus dengan suhu yang sejuk sebelum memakai baju sejuk yang lain yang berlapis-lapis. "Mummy pakai baju berlapis pun masih sejuk, itu baru suhu 10 C, Kak yong nak pergi below 0 tentu lagi sejuk!", ujar biras adikku sewaktu menceritakan pengalaman mereka sewaktu berada di London.

"Thermal Wear pun setidak-tidaknya pakai seluar tight", ujarnya lagi. "Just untuk protect kulit kita tak masuk suhu sejuk".

Selain dari itu , makanan di Beijing agak tidak boleh diterima dengan selera kita kerana "bau dan aroma" yang kita tidak selesa. Selera kita pasti terjejas kerana diwaktu mana pun , rasa makanan mereka hampir serupa.

Jadi benarlah pesan Sheeda dari Travel agent kami supaya membawa makanan seperti serunding dan makanan ringan lain kerana kita pasti akan lapar dengan cuaca yang sejuk. Ianya akan sukar kerana hendak beli makanan pun agak sukar disana dan kalau boleh belipun , ianya tidak kena dengan selera kita.

"Imigresen dia orang ok ke bawak makanan", tanya aku pada Sheeda. "Akak pergi London dia orang check semua ", jelas aku padanya lagi kerana tidak mahu menghadapi masalah sewaktu kami sampai di Airport sana nanti.

"Kat China lain Kak, dia orang boleh bawak makanan". Lega. Aku pastinya tidak mahu kelaparan diwaktu sedang bercuti apatah lagi di tempat yang sukar untuk mencari makanan halal. Sebab itu aku mencari sebanyak boleh maklumat supaya kami tidak terjejas tanpa maklumat yang amat penting. Kesihatan dan pakaian selain tip-tip tentang bagaimana untuk membeli belah disana juga penting.

"Baju sejuk nak simpan dalam luggage dulu atau nak carry terus masa kat Airport", tanyaku lagi pada Nurul. "Bawak hand carry aje Kak Yong , sampai dah terus sejuk , tak tahan nanti!". Apatah lagi kami akan transit di Airport Hong Kong sekitar 2 jam dan sampai di Airport Beijing sekitar 11 malam, pastinya satu kejutan suhu yang diluar jangkaan dan kebiasaan.


Hong Kong Airport


Seronok juga untuk melalui pengalaman baru , apatah lagi untuk anak-anak gadisku, kami kena pastikan mereka "selamat" dan tidak mahu mereka sakit sewaktu kami disana nanti.



Beijing Airport