مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akherat, maka hendaknya dia berilmu.

Imam Syafie

.

Sunday, November 21, 2010

Tembok Besar pada suhu 0 Celcius

Tembok Besar pada suhu 0 Celcius . Maklumat dari blog http://community.klipsch.com


The day was as perfect as it gets for visiting the wall. The temperature was 0 degrees Celsius with fresh snow from the previous days. The air was cool but clear, a rarity these days in this booming economy of China. The cold weather coerced me to buy a fur cap as can be seen, but the weather also kept away many tourist to allow for more intimate pictures of the wall.

Going to the wall has put another checkmark in my bucket list but it has also left me longing to understand more about this magnificent beauty. What is over the next crest of the mountain top? Is it even more magnificent than what is observed. This mammoth assembly of granite, dirt and sweat extends for 5500 miles, but I am told that much of the wall is in disrepair. Vandals throughout the years have torn apart sections of the wall to build their homes and roads for the communities. Wind and rain have eroded sections of the wall where it was made from mud and sand, especially in the Gobi desert. Gansu Providence may no longer have a wall in the next 20 years due to the wind errosion, since it was made primarily of mud. The lookout towers are all but gone and the wall has been reduced from 5 meters to 2 meters in height. Yet again the Great Wall has stood the test of time, in most areas, surviving generations upon generations of dynasties. I am humbled by its presence.

As Tom tries to keep us on schedule to visit the Ming Dynasty Tombs, I have a hard time leaving this great creation, but one thing is for sure, it will not be the last time I visit this fabulous wall. For it has many stories to tell with each one of its bricks.



Packing !

Hari ini kami sudah pun mula "pack" pakaian yang hendak dibawa kerana hari Jumaat nanti kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Berikut adalah maklumat yang perlu di ambil kira dari blog http://www.calvinshub.com yang sedikit sebanyak dapat membantu "preparation" kami .


I would like to point out the pros and cons when visiting Beijing during winter which falls on November 15 up to March 15.

Let’s start with the disadvantages first.

CONS

1. Hazy or foggy in the city. We all know the China is a smoggy place but coupled with the cold weather, it tends to get hazy most of the times. Even on a sunny winter day, you can’t quite capture the blue skies.

Tiananmen Square

This shot of Tiananmen Square would have been great if you can actually see the blue sky through the haze.

2. It’s really cold! Well this is relative for each person but for somebody living in a tropical country, it’s no fun walking outside during winter especially when it’s windy. And in Beijing, there are lots of walking involved.

During our 9-day stay, I think 5 degrees Celsius was the hottest and –8 degrees Celsius the coldest. We can’t spend a lot of time in one place when it’s really cold.

3. Same clothes in photos. Unless you are packing lots of winter clothes for your trip, you tend to wear the same jacket or coat for your outside photos.

4. Frozen lakes and rivers. Sometimes it’s nice to take photos of frozen bodies of water but if not completely frozen, they can ruin a shot.

Suzhou Market Street, New Summer Palace

This could be a nice shot of Suzhou Market Street at the New Summer Palace if the river is actually there.

5. Some sites are not really worthy to visit. Fragrant Hills is a nice place when the trees are green (spring) or orange (fall). We weren’t able to visit Happy Valley as well due to the weather.

PROS

1. Chance of snow. This being an advantage depends on each person but for us it was a fun experience to walk on snow.

Leftover snow in Datong

We didn’t experience snowfall but we were able to walk on a huge patch of week-old snow.

2. Cheaper rates. Yep, winter is considered off-peak and thus entrance to some sites are much cheaper.

3. Less people. Being off-peak, you will have more chance to take photos without any people around. Waiting for throngs of tourist to disperse just to take a nice photo can be time-consuming during peak season.

Great Wall

Got a nice shot along the Great Wall because of the off-peak season.

4. Nice colors. There is a nice color blend that is only brought by winter and it’s a rare opportunity to get such photos for people who can’t experience winter.

Old Summer Palace in winter

I got some nice late afternoon shots in the Old Summer Palace that shows the beauty of winter.



Monday, November 8, 2010

Ke Pejabat Travel Agent


Kesempatan berada di KL minggu lepas membolehkan kami berkunjung ke pejabat Poto Travel di Taman Shamelin Perkasa . Oleh kerana visa kami telah pun siap di buat , kami bercadang untuk mengambil passport ami selain beg , resit pembayaran dan juga maklumat yang berkaitan dari pihak Travel Agent .

Kami di minta melapurkan diri 3 jam awal dari jadual penerbangan iaitu pukul 11 pagi. Penerbangan ke Hong Kong akan mengambil masa 4 jam dan kami akan transit selama 2 jam di Airport Hong Kong sebelum bertukar penerbangan untuk ke Peking untuk 3 jam penerbangan lagi.

Oleh kerana cuaca adalah sejuk dibawah paras 0C makan kami dinasihatkan supaya memakai "long john" sewaktu di Malaysia lagi selain menyediakan pakaian sejuk untuk dibawa bersama. Selain itu Solat Jamak akan dilakukan di Airport Hong Kong dan kami diminta untuk turut membawa telekung dan sejadah dalam hand luggage kami nanti. Yang menyeronokkan "Kita akan cari tempat tempat kosong untuk solat", jelas pihak agen. "Cam kat Mekah!", ujarku kerana suasana itu pasti menarik kerana disana tiada bilik solat disediakan. Satu pengalaman yang menarik.

"Pastikan Cup plastik dalam kapalterbang dibawa kelaur bersama sewaktu turun dari Airport ", pesannya lagi. Ini adalah disebabkan bilik air mereka tiada paip air jadi kita perlu ambil siap siap di sinki. Seperti yang saya jangkakan , jadi saya akan pastikan botol mineral kecil dibawa bersama kerana kalau setakat buang air kecil tidak mengapa . Masalahnya bila kita makan makanan yang lain sewaktu manaiki kapalterbang selain membawa anak- anak gadisku, masalah lebih besar kalau mereka sakit perut. Jadi langkah terbaik ialah membawa botol mineral yang kecil.

Kami juga diminta memakai sarung tangan dan wool sock. Lega kerana baru sahaja beli . "Minggu lepas rombongan kami pergi , suhu -3 C! Mungkin waktu Kakak pergi nanti -15C!", katanya lagi buat aku bertambahlah risau. Semuga anak-anak gadisku dapat melalui perubahan cuaca yang mendadak. "Pastikan bawa lip balm dan lotion" , "Makanan ringan pun boleh bawa sebagai bekal ". Antara pesanan dari pihak Travel Agent. Malah kami diberi senarai keperluan yang perlu dibawa iaitu Ubat dan Vitamin, International Adaptor dan sebagainya.

Kadar Tukaran Wang ialah RM1 = RMB2.09

Kami dinasihatkan supaya membuat tawar menawar antara 50% ke 80% dari harga barangan . Setelah mendapat nasihat dari berbagai pihak termasuk adik beradik saya yang pernah pergi ke sana, urusan tawar menawar sewaktu membeli belah eloklah dilakukan oleh suami saya sahaja.

Kami juga menasihatkan anak anak gadis kami supaya tidak memandai menanyakan harga barangan seperti yang selalu mereka lakukan kerana ianya akan menyusahkan kita kerana cara mereka agak berbeza dari cara kita membeli belah. Semua pun kita nak tanya harga dan tidak berhasrat untuk beli tetapi disana apabila kita mula memberi harga untuk beli mereka akan ikut kita sehingga kita beli baranagn tersebut malah seperti memaksa.

Selain itu kena pastikan wang kecil ada dan jangan memberi wang yang besar kerana kemungkinan besar mereka akan menipu atau lari tanpa memberi wang baki. Perkara ini perlu diambil kira supaya kita tahu selok belok cara mereka disana supaya percutian kita bukan percutian yang tidak menyeronokan akibat dari perbezaan cara hidup.

Benarlah kata orang " Jauh Berjalan Luas Pemandangan..."

Waktu solat juga seperti yang diberitahu oleh pihak Travel Agent seperti berikut :

Subuh 5.38pagi
Zuhor 12.02 tgh
Asar 2.32ptg
Magrib 4.51ptg
Isya 6.27mlm

Pukul 5 petang hari sudah mula gelap kerana mereka mempunyai siang yang pendek dan malam yang panjang. "Sewaktu kita tour , selalunya kita akan solat jamak dalam perjalanan , jadi pastikan telekung dibawa bersama ", pesan pihak Travel Agent.






Sunday, November 7, 2010

Final Shopping di Universal Travellers

Seminggu berada di KL dan kebetulan pula duduk di Hotel yang berhampiran dengan The Mall membuatkan aku melintas beberapa kali dihadapan kedai Universal Travellers. Mulanya teragak-agak untuk masuk kerana semua baju baju sejuk telah pun mencukupi untuk kami anak beranak. Cuma yang merisaukan ialah tentang sarung tangan dan sarung kaki terutamanya untuk anak-anak perempuanku. Dua tiga hari pertama aku mahu menunggu suamiku pulang dari meetingnya tetapi bila malam kami malas untuk berlegar mencari barangan keperluan untuk ke Beijing apatah lagi melihat suamiku kelihatannya penat setiap kali pulang dari meetingnya. Aku pula di bilik hotel hampir setiap hari turun ke Mall untuk mencari barangan keperluan tetapi tetap juga tidak aku singgah ke Universal Travellers !

Akhirnya bertemankan Neesa , anak perempuanku yang sememangnya minat bershopping walaupun cuma menemankan aku untuk mencari barangan keperluanku , pasti dia tidak pernah menolak. Tidak seperti kakaknya Alia yang asyik membaca buku buku novelnya samada di bilik hotel mahupun di swimming pool setiap kali aku menyuruh dia temankan adiknya.

Dengan bantuan sales girl , aku dapat memilih sarung tangan yang sesuai dan agak tebal sikit kerana cuaca di jangkakan ialah -3Celcius. Harganya ialah RM39.00 dan aku beli 2 pasang untuk anak-anak gadisku seorang satu. Kalau ianya perlu lagi akan kami beli sewaktu disana.





Saya juga di sarankan supaya membeli stokin. Mulanya rasa tidak perlu kerana hendak beli stokin sports sahaja tetapi salegirls itu memberi tahu supaya membeli stokin wool yang bersesuaian dengan cuaca disana. Stokin sangat penting selain sarung tangan. Lagipun katanya stokin wool itu tidak tebal seperti stokin sports jadi kita tidak perlu kasut yang lebih dari saiz kita kerana kita boleh gunakan kasut sport asalkan stokin kita dibuat dari wool untuk cuaca musim sejuk. "Betul juga!", fikirku kerana tidaklah payah mencari kasut boot kerana kami boleh gunakan kasut sports.

Kalau kasut boot bukannya dapat digunakan lagi setelah pulang ke Malaysia. Kita bukan hendak duduk lama disana, sekadar 2 minggu pastinya tidak mahu membeli keperluan yang akan membazir. Apatah lagi saiz kaki anak-anakku pasti akan terus membesar dan tidak lagi dapat gunakan kasut boot kalau kami mahu pergi ditempat yang sejuk lagi dilain masa.

Lega! akhirnya masalah stokin dan sarung tangan sudah dapat saya bereskan tanpa pertolongan suami saya untuk membuat keputusan. Stokin sepasang berharga sekitar RM30.00 .






Tuesday, October 26, 2010

Maklumat untuk pergi !

Bayaran sekitar RM9,000 telah kami bayar selain menghantar gambar pasport dan pasport kami melalui 'courier" ke pejabat Poto Travel kerana tarikh akhir untuk memberi semua keperluan kami ialah pada 1 November , untuk urusan visa dan sebagainya.

Kini persiapan barang-barang dan maklumat pula perlu kami uruskan sebelum berangkat lebih kurang 1 bulan dari sekarang.


Suhu kami dijangkakan sekitar -3 C.

Date Average High Average Low

November 27th 44ºF 6.67 26ºF -3.33
November 28th 44ºF 6.67 26ºF -3.33
November 29th 44ºF 6.67 25ºF -3.89
November 30th 43ºF 6.11 25ºF -3.89
December 1st 43ºF 6.11 24ºF -4.44
December 2nd 42ºF 5.56 24ºF -4.44
December 3rd 42ºF 5.56 24ºF -4.44


Ini bermakna persiapan pakaian amatlah penting. Selain dari mendapat tip-tip berguna dari saudara mara kami yang pernah pergi kesana dan melalui suhu dibawah paras 0 , amatlah penting. Malah kami dibekalkan baju baju sejuk oleh adik adik kami untuk kami gunakan sewaktu berada disana.


Glove juga perlu dicari kerana kesejukan akan dirasai dibahagian tangan dengan mudah sekali , jadi antara tips yang diberi oleh adik kami ialah memastikan pakaian kulit digunakan untuk mengawal suhu badan kami terutama untuk anak-anak gadis kami.

Lotion dan lip balm juga penting kerana kulit akan mudah pecah dan luka dan kesihatan kita akan terjejas . Saya telah pastikan lip balm yang kami beli sewaktu menunaikan Umrah baru baru ini telah dimasukkan di beg kami supaya benda benda kecil ini tidak terlupa untuk dibawa. Vick dan beberapa ubat penting juga telah saya kumpulkan setempat.


Selain dari itu kami disarankan untuk mencari barangan keperluan di Sharafali's di jalan Tuanku Abdul Rahman.



thermal wear


Thermal wear juga perlu untuk dipakai terlebih dahulu supaya kulit badan kita tidak tembus dengan suhu yang sejuk sebelum memakai baju sejuk yang lain yang berlapis-lapis. "Mummy pakai baju berlapis pun masih sejuk, itu baru suhu 10 C, Kak yong nak pergi below 0 tentu lagi sejuk!", ujar biras adikku sewaktu menceritakan pengalaman mereka sewaktu berada di London.

"Thermal Wear pun setidak-tidaknya pakai seluar tight", ujarnya lagi. "Just untuk protect kulit kita tak masuk suhu sejuk".

Selain dari itu , makanan di Beijing agak tidak boleh diterima dengan selera kita kerana "bau dan aroma" yang kita tidak selesa. Selera kita pasti terjejas kerana diwaktu mana pun , rasa makanan mereka hampir serupa.

Jadi benarlah pesan Sheeda dari Travel agent kami supaya membawa makanan seperti serunding dan makanan ringan lain kerana kita pasti akan lapar dengan cuaca yang sejuk. Ianya akan sukar kerana hendak beli makanan pun agak sukar disana dan kalau boleh belipun , ianya tidak kena dengan selera kita.

"Imigresen dia orang ok ke bawak makanan", tanya aku pada Sheeda. "Akak pergi London dia orang check semua ", jelas aku padanya lagi kerana tidak mahu menghadapi masalah sewaktu kami sampai di Airport sana nanti.

"Kat China lain Kak, dia orang boleh bawak makanan". Lega. Aku pastinya tidak mahu kelaparan diwaktu sedang bercuti apatah lagi di tempat yang sukar untuk mencari makanan halal. Sebab itu aku mencari sebanyak boleh maklumat supaya kami tidak terjejas tanpa maklumat yang amat penting. Kesihatan dan pakaian selain tip-tip tentang bagaimana untuk membeli belah disana juga penting.

"Baju sejuk nak simpan dalam luggage dulu atau nak carry terus masa kat Airport", tanyaku lagi pada Nurul. "Bawak hand carry aje Kak Yong , sampai dah terus sejuk , tak tahan nanti!". Apatah lagi kami akan transit di Airport Hong Kong sekitar 2 jam dan sampai di Airport Beijing sekitar 11 malam, pastinya satu kejutan suhu yang diluar jangkaan dan kebiasaan.


Hong Kong Airport


Seronok juga untuk melalui pengalaman baru , apatah lagi untuk anak-anak gadisku, kami kena pastikan mereka "selamat" dan tidak mahu mereka sakit sewaktu kami disana nanti.



Beijing Airport



Friday, September 24, 2010

Tiada Salji !



Hari ini mendapat penerangan dari En Azwad / Poto Travel iaitu pengalaman bermain salji hanyalah disekitar Bulan Januari, bermakna tidak jadi menukar tarikh di Bulan Disember kerana hanya sekitar Bulan Januari baru ada salji. Memandangkan cuti sekolah pun tamat pada Bulan Disember , saya bersetuju untuk merasai pengalam Musim Luruh dan awal Musim Sejuk.






"Group tahun lepas pergi hujung Bulan Disember pun tak dapat tengok salji, mereka balik baru salji nak turun, kak", jelas Azwad lagi. "Memang tahun lepas ada salji turun awal November tapi sekejap aje kak, lepas tu tak ada balik !", katanya lagi.





Ianya membuat saya reda kerana maklumat yang diberi agak memuaskan selain research yang telah saya buat. So fokus pada cuaca yang memang sejuk selain akan menikmati keindahan musim luruh.



Kalau nasib baik adalah salji kalau tak sejuk dan Musim Luruh ! Yang pasti pengalaman ini akan semarakkan cinta kami.





Akhir Nov /Awal Disember - Permulaan Musim Sejuk


Bila check balik itinerary , tarikh yang kami pilih di kira sebagai Musim Luruh membuat kami terpaksa membuat pilihan samada menunda ke Bulan Disember apabila sudah benar-benar musim sejuk. tetapi research yang dibuat menunjukkkan Musim Luruh adalah yang terbaik sebagai pilihan percutian. Jadi tidak pasti samada hendak "stick" kepada jadual yang telah kami confirm atau menunda sehingga benar-benar sudah ada salji.


Kalau waktu yang kami telah confirm bermakna kami akan berada pada "peralihan 2 musim" , dapat rasa musim luruh dan musim sejuk. Tapi cuma 7 hari , tak tahulah samada kami sempat melihat salji menutupi mukabumi Beijing. Bukannya apa , seronok nak tangkap gambar. Kalau setakat pakai baju sejuk , kat Malaysia pun sejuk jugak. Waktu di London pun sejuk jugak tetapi bergambar bersama salji itulah pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi untuk anak-ana k gadisku.


Suami saya lebih selesa musim sejuk yang belum klimaks kerana sejak beberapa hari asyik risaukan kami , takut tidak dapat menahan kesejukan. "Eloklah Bulan November", "Lain kali kita pergilah masa betul betul winter, ni kita testing dulu" , pujuknya. Apabila info menyatakan Musim Luruh sangat cantik dan terbaik, saya pun berbelah bahagi.


Berikut maklumat yang saya perolihi :





Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada awal bulan November ialah "Permulaan Musim Sejuk".

"Permulaan Musim Sejuk" merupakan penggal pertama bagi musim sejuk di China. Penggal itu bermula dari 7 hb atau 8 hb November dan berakhir hingga 22 hb atau 23 hb November setiap tahun. "Permulaan Musim Sejuk" bagi tahun ini telah jatuh pada 8 November lalu. Sama dengan "Permulaan Musim Bunga", "Permulaan Musim Panas" dan "Permulaan Musim Luruh", ketibaan hari "Permulaan Musim Sejuk" juga menandakan pergantian musim dan permulaan satu musim yang baru.

Dalam buku kuno China tercatat bahawa pada permulaan musim sejuk, kerja-kerja untuk menuai, menjemur dan menyimpan hasil tanaman yang matang pada musim luruh semuanya sudah selesai, manakala binatang-binatang yang mempunyai kebiasaan untuk tidur sepanjang musim sejuk juga telah balik ke sarang mereka. Jadi, setelah ketibaan hari "Permulaan Musim Sejuk", semua hasil tuaian telah disimpan dengan baik-baik untuk menghahapi musim sejuk yang panjang.

Hari "Permulaan Musim Sejuk" juga berada dalam tempoh peralihan daripada musim luruh kepada musim sejuk. Berdasarkan data-data kaji cuaca, dalam tempoh "Permulaan Musim Sejuk", tekanan tinggi yang sejuk dari Siberia dan tekanan tinggi dari Mengolia akan menjadi semakin kuat, udara sejuk yang kuat itu akan menyebabkan penurunan suhu udara berlaku di kebanyakan tempat di China dan juga akan membawa angin kencang dan salji, malah bencana fros.

Setelah berlalunya hari "Permulaan Musim Sejuk", rumput rampai akan layu dan pergerakan hidupan pun semakin berkurang untuk memelihara dan mengumpulkan tenaga bagi membuat persiapan untuk pertumbuhan semula pada musim bunga depan. Walaupun manusia tidak berhibernasi, akan tetapi, orang China memang mempunyai kebiasaan untuk memakan makanan berkhasiat bagi membekalkan tenaga untuk menghadapi kesejukan musim sejuk. Orang China percaya bahawa makanan yang mentah atau sejuk tidak patut dimakan pada musim sejuk dan kita juga tidak boleh memakan terlalu banyak makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Di utara China, penduduk tempatan suka memakan daging kambing dan daging lembu pada musim sejuk. Akan tetapi, doktor juga menasihatkan supaya sayur-sayuran juga dimakan banyak selain memakan daging.

Pada hari "Permulaan Musim Sejuk", orang China juga mempunyai tradisi untuk berehat setelah letih bekerja sepanjang tahun.

Di China, makanan Jiaozi diberi nama berasal daripda cerita berlalunya musim atau tahun. Mengikut kalender China, hari ke-30 bagi bulan ke-12 iaitu hari terakhir bagi sesuatu tahun. Selepas berlalunya hari itu, tahun yang baru akan tiba. Manakala, "Permulaan Musim Sejuk" ialah hari bergantinya daripada musim luruh kepada musim sejuk. Jiaozi bermaksud bergantinya musim atau tahun. Jadi, orang China mempunyai tradisi untuk memakan Jiaozi sempena pergantian musim atau tahun dan tradisi tersebut diwarisi sehingga hari ini.

Pada hari "Permulaan Musim Sejuk", orang China akan pulang ke rumah dan berkumpul sekeluarga memakan Jiaozi untuk menyambut ketibaan musim sejuk.

Yang menarik ialah sekarang, orang China telah mencipta cara yang baru untuk menyambut ketibaan musim sejuk. Di Haerbin, sebuah bandar yang juga dikenali sebagai bandar ais di timur laut China, perlumbaan renang menyeberangi Sungai Songhuajiang akan diadakan pada setiap hari "Permulaan Musim Sejuk". Dengan menyertai perlumbaan yang mencabar itu, orang tempatan telah menunjukkan keberanian mereka untuk menyambut ketibaan musim sejuk yang baru.


1 November 2009 (tahun lepas)

Beijing embraces first snowfall

Beijing embraces first snowfall

A view shows the Tiananmen Rostrum in snow in Beijing Novemver 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning, Sunday, November 1, 2009. [Xinhua]

Beijing embraces first snowfall

A view shows the Temple of Heaven in snow in Beijing November 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning. [Agencies]

Beijing embraces first snowfall

Visitors play with snow at the Temple of Heaven park in Beijing November 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning. [Agencies]

Beijing embraces first snowfall

Airport workers drive a luggage cart past a plane covered in snow at Beijing's international airport November 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning. [Agencies]

Beijing embraces first snowfall

A young man braves the snowstorm on a bicycle in Beijing in the early morning of November 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning, Sunday, November 1, 2009. [Xinhua]

Beijing embraces first snowfall

A girl braves the snowstorm in Beijing November 1, 2009. The first snowfall for the winter season fell on the Chinese capital early this morning, Sunday, November 1, 2009.[Xinhua]



Tuesday, September 21, 2010

Abang risau !



"Kita kena prepare pakaian sejuk yang mencukupi !"
"Abang risau anak dan isteri abang"
"Pergi Cameron pun dah tak tahan sejuk"
"Masa mama kat London nak masuk Summer pun mama menggigil, macam manalah "winter"?"

Itulah antara kerisauan suamiku. Walaupun excited untuk melalui 'pengalaman baru" bersama-sama sesekali kerisauan tidak dapat di elakkan.


"Neesa kena makan banyak", suamiku risau dengan anak bongsunya yang kurus, bagaimanalah menahan kesejukan.

"Alah , cuma 5 hari kita kat sana bang, 2 hari lagi dalam kapalterbang", kataku untuk leraikan kerisauannya.

Kalau kami sakit kesejukan, tentunya suamikulah yang paling risau menjaga kami.

Booking Fee



Hari ini pembayaran telah dibuat melalui Maybank2U dan fotokopi passport juga sudah diemailkan. Agak mudah juga berkomunikasi dengan pihak Poto Travel . Mereka juga sudah memberi email confirmation . Walaupun kami tinggal di JB , urusan melalui email menjadikan jarak bukan satu halangan untuk kita uruskan percutian kami dengan pihak Travel Agent. Itulah keuntungan kalau mempunyai website supaya kita mudah berbincang dan merujuk maklumat yang telah tersedia untuk kita membuat pilihan dari segi tarikh, jenis percutian dan kos yang diperlukan.

Macam mimpi, baru semalam aku membuat pertanyaan dan hari ini pakej percutian kami sudah "confirmed" .

Terima Kasih kepada suami tercinta kerana merealisasikan impianku.

Kadang-kadang aku ketawa "mama memang pandai propose!" , "Yang bayarnya abang !", bisik suamiku.

Aku yang bertuah...


Monday, September 20, 2010

Tips awal


Winter shoes for men atau kasut kulit.


Boots for women



Frost bite , kena guna lotion sentiasa.

Seperti biasa setiap kali kita mahu melancung diluar negara, tips dari mereka yang pernah pergi sangat penting selain search melalui internet.

Frost byte, kulit kering, winter shoes, thermal dress adalah antara nasihat yang diberi. Setakat ini apa yang diperlukan :

1. Baju sejuk - pinjam dari adik-adikku
2. Kasut kulit bagi lelaki. Kasut Boot untuk wanita
3. Lotion
4. Tidak perlu beli baju sejuk , perlukan sepasang yang dibawa dari Malaysia kerana apabila sampai di Airport Peking, kita kena terus guna pakaian winter. Info dari Poto Travel supaya membeli baju seju di sana nanti kerana harganya jauh lebih murah dari di Malaysia. Jadi kita cuma perlukan sepasang baju seju dari Malaysia.

5. Kalau di London atau US kita tidak boleh membawa makanan kerana mereka memangnya strict sewaktu checking imigresen/kastam. Tetapi info dari Poto , menggalakkan kita membawa makanan kerana di musim sejuk , perut kita akan lapar. Bawa serunding misalnya. Tiada masalah untuk pemeriksaan semasa di Airport nanti.