مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akherat, maka hendaknya dia berilmu.

Imam Syafie

.

Monday, September 20, 2010

Memilih tarikh



Kami memilih Beijing untuk percutian kali ini kerana sepatutnya plan kami ialah Umrah pada 2011 tetapi terpaksa ditunda atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apabila memilih Beijing, muslim pakej adalah yang paling utama kerana memang sudah menjadi perkara biasa apabila kita keluar negara, masalah makanan dan solat menjadi agenda utama yang perlu di ambil kira.

Setelah survey dibuat , saya akhirnya memilih Poto Travel untuk menjadi agent percutian kami kali ini. Memandangkan reputasinya yang agak popular tentang "muslim pakej" membuat saya yakin dengan perkhidmatan mereka.

Sewaktu perbincangan awal dibuat mengenai tarikh yang sesuai selain harga pakej, saya agak terkejut kerana permintaan untuk memilih pakej ke Beijing sewaktu musim sejuk habis begitu cepat. Mujur juga mereka telah mendapat seat baru untuk tarikh yang baru diperolihi menyebabkan seat untuk kami anak beranak masih ada. Ini disebabkan setiap pakej cuma untuk 25 orang.

Tarikh 27 November agak sesuai kerana ianya adalah permulaan Musim Sejuk dan agak sesuai untuk membawa anak-anak gadisku yang masih kecil. Sebenarnya excited juga kerana kali ini kami akan dapat bermain ski, satu pengalaman yang sangat menarik untuk anak-anakku selain untuk kami juga. Survey yang aku buat melalui internet , menunjukkan pemandangan sememangnya menarik di musim sejuk !

Setelah perbincangan dibuat, suamiku bersetuju dengan tarikh tersebut dan kami akan membuat "booking" sebanyak RM500 seorang esok hari.

No comments:

Post a Comment