مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akherat, maka hendaknya dia berilmu.

Imam Syafie

.

Sunday, November 7, 2010

Final Shopping di Universal Travellers

Seminggu berada di KL dan kebetulan pula duduk di Hotel yang berhampiran dengan The Mall membuatkan aku melintas beberapa kali dihadapan kedai Universal Travellers. Mulanya teragak-agak untuk masuk kerana semua baju baju sejuk telah pun mencukupi untuk kami anak beranak. Cuma yang merisaukan ialah tentang sarung tangan dan sarung kaki terutamanya untuk anak-anak perempuanku. Dua tiga hari pertama aku mahu menunggu suamiku pulang dari meetingnya tetapi bila malam kami malas untuk berlegar mencari barangan keperluan untuk ke Beijing apatah lagi melihat suamiku kelihatannya penat setiap kali pulang dari meetingnya. Aku pula di bilik hotel hampir setiap hari turun ke Mall untuk mencari barangan keperluan tetapi tetap juga tidak aku singgah ke Universal Travellers !

Akhirnya bertemankan Neesa , anak perempuanku yang sememangnya minat bershopping walaupun cuma menemankan aku untuk mencari barangan keperluanku , pasti dia tidak pernah menolak. Tidak seperti kakaknya Alia yang asyik membaca buku buku novelnya samada di bilik hotel mahupun di swimming pool setiap kali aku menyuruh dia temankan adiknya.

Dengan bantuan sales girl , aku dapat memilih sarung tangan yang sesuai dan agak tebal sikit kerana cuaca di jangkakan ialah -3Celcius. Harganya ialah RM39.00 dan aku beli 2 pasang untuk anak-anak gadisku seorang satu. Kalau ianya perlu lagi akan kami beli sewaktu disana.





Saya juga di sarankan supaya membeli stokin. Mulanya rasa tidak perlu kerana hendak beli stokin sports sahaja tetapi salegirls itu memberi tahu supaya membeli stokin wool yang bersesuaian dengan cuaca disana. Stokin sangat penting selain sarung tangan. Lagipun katanya stokin wool itu tidak tebal seperti stokin sports jadi kita tidak perlu kasut yang lebih dari saiz kita kerana kita boleh gunakan kasut sport asalkan stokin kita dibuat dari wool untuk cuaca musim sejuk. "Betul juga!", fikirku kerana tidaklah payah mencari kasut boot kerana kami boleh gunakan kasut sports.

Kalau kasut boot bukannya dapat digunakan lagi setelah pulang ke Malaysia. Kita bukan hendak duduk lama disana, sekadar 2 minggu pastinya tidak mahu membeli keperluan yang akan membazir. Apatah lagi saiz kaki anak-anakku pasti akan terus membesar dan tidak lagi dapat gunakan kasut boot kalau kami mahu pergi ditempat yang sejuk lagi dilain masa.

Lega! akhirnya masalah stokin dan sarung tangan sudah dapat saya bereskan tanpa pertolongan suami saya untuk membuat keputusan. Stokin sepasang berharga sekitar RM30.00 .






No comments:

Post a Comment