مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat, maka hendaknya dia berilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akherat, maka hendaknya dia berilmu.

Imam Syafie

.

Monday, November 8, 2010

Ke Pejabat Travel Agent


Kesempatan berada di KL minggu lepas membolehkan kami berkunjung ke pejabat Poto Travel di Taman Shamelin Perkasa . Oleh kerana visa kami telah pun siap di buat , kami bercadang untuk mengambil passport ami selain beg , resit pembayaran dan juga maklumat yang berkaitan dari pihak Travel Agent .

Kami di minta melapurkan diri 3 jam awal dari jadual penerbangan iaitu pukul 11 pagi. Penerbangan ke Hong Kong akan mengambil masa 4 jam dan kami akan transit selama 2 jam di Airport Hong Kong sebelum bertukar penerbangan untuk ke Peking untuk 3 jam penerbangan lagi.

Oleh kerana cuaca adalah sejuk dibawah paras 0C makan kami dinasihatkan supaya memakai "long john" sewaktu di Malaysia lagi selain menyediakan pakaian sejuk untuk dibawa bersama. Selain itu Solat Jamak akan dilakukan di Airport Hong Kong dan kami diminta untuk turut membawa telekung dan sejadah dalam hand luggage kami nanti. Yang menyeronokkan "Kita akan cari tempat tempat kosong untuk solat", jelas pihak agen. "Cam kat Mekah!", ujarku kerana suasana itu pasti menarik kerana disana tiada bilik solat disediakan. Satu pengalaman yang menarik.

"Pastikan Cup plastik dalam kapalterbang dibawa kelaur bersama sewaktu turun dari Airport ", pesannya lagi. Ini adalah disebabkan bilik air mereka tiada paip air jadi kita perlu ambil siap siap di sinki. Seperti yang saya jangkakan , jadi saya akan pastikan botol mineral kecil dibawa bersama kerana kalau setakat buang air kecil tidak mengapa . Masalahnya bila kita makan makanan yang lain sewaktu manaiki kapalterbang selain membawa anak- anak gadisku, masalah lebih besar kalau mereka sakit perut. Jadi langkah terbaik ialah membawa botol mineral yang kecil.

Kami juga diminta memakai sarung tangan dan wool sock. Lega kerana baru sahaja beli . "Minggu lepas rombongan kami pergi , suhu -3 C! Mungkin waktu Kakak pergi nanti -15C!", katanya lagi buat aku bertambahlah risau. Semuga anak-anak gadisku dapat melalui perubahan cuaca yang mendadak. "Pastikan bawa lip balm dan lotion" , "Makanan ringan pun boleh bawa sebagai bekal ". Antara pesanan dari pihak Travel Agent. Malah kami diberi senarai keperluan yang perlu dibawa iaitu Ubat dan Vitamin, International Adaptor dan sebagainya.

Kadar Tukaran Wang ialah RM1 = RMB2.09

Kami dinasihatkan supaya membuat tawar menawar antara 50% ke 80% dari harga barangan . Setelah mendapat nasihat dari berbagai pihak termasuk adik beradik saya yang pernah pergi ke sana, urusan tawar menawar sewaktu membeli belah eloklah dilakukan oleh suami saya sahaja.

Kami juga menasihatkan anak anak gadis kami supaya tidak memandai menanyakan harga barangan seperti yang selalu mereka lakukan kerana ianya akan menyusahkan kita kerana cara mereka agak berbeza dari cara kita membeli belah. Semua pun kita nak tanya harga dan tidak berhasrat untuk beli tetapi disana apabila kita mula memberi harga untuk beli mereka akan ikut kita sehingga kita beli baranagn tersebut malah seperti memaksa.

Selain itu kena pastikan wang kecil ada dan jangan memberi wang yang besar kerana kemungkinan besar mereka akan menipu atau lari tanpa memberi wang baki. Perkara ini perlu diambil kira supaya kita tahu selok belok cara mereka disana supaya percutian kita bukan percutian yang tidak menyeronokan akibat dari perbezaan cara hidup.

Benarlah kata orang " Jauh Berjalan Luas Pemandangan..."

Waktu solat juga seperti yang diberitahu oleh pihak Travel Agent seperti berikut :

Subuh 5.38pagi
Zuhor 12.02 tgh
Asar 2.32ptg
Magrib 4.51ptg
Isya 6.27mlm

Pukul 5 petang hari sudah mula gelap kerana mereka mempunyai siang yang pendek dan malam yang panjang. "Sewaktu kita tour , selalunya kita akan solat jamak dalam perjalanan , jadi pastikan telekung dibawa bersama ", pesan pihak Travel Agent.






No comments:

Post a Comment